BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ummi

Friday, January 29, 2010


click to create your glitter text

Thursday, January 28, 2010

7 TANDA KEBAHAGIAAN DUNIA

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yg soleh
3. Al auladun abrar' iaitu anak yang soleh
4. Albiatu sholihah,iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal,atau harta yang halal
6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah-ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan
    amal  ibadah

post by: Nuur Solehah

"Antara bidadari dn penghuni syurga"

MUhasabah Cinta by EDcostic

Wednesday, January 27, 2010

My Bestest Twin....

Cutiest twin..

When I cry you help me out
When I'm happy you hear me shout
When I grin you know I'm really mad
because you are my bestest twin
You can tell when I'm sad
You're there in thick and thin
You're my bestest twin
You hear me out when I want to talk
You help me out when I get mad
You are the bestest twin I've ever had
So hear me out when I say
You're the light in my day
You are the moon in my night
You shine very bright
You are the bestest twin I have
and I miss you

Tuesday, January 26, 2010

'' Oh...Malunya"


 Jangan Malu Bertanya
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" katakanlah lagi (kepadanya):
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"



 Malu dikalangan Wanita

...nk citer pun ana rase malu..
huhu..malunya..malu sesangat.. almaklum ler dlm topic ni pun berkisarkan malu kan,,,
hehe..
ana wanita..anti wanita..
Malu ni bnyak maksudnye wahai antum2 sekalian..
Kt ni golongan wanita yg sejak azali lg dikurniakan Allah dengan sifat malu kan...
  • kerana malu, wanita tau menjaga kehormatan
  • kerana malu gak , wanita ni dpt menilai batas-batas pergaulan->Btol2(upin-ipin)
  • kerana malu gak ,kt ni wanita gagal diperdaya dengn pujukan nafsu..

Tp cedihnye, ramai di kalangan kt ni wanita2 sudah hilang malunya..mane kok kehilangan sifat malu itu...
huhu..ana sedih sngt..mane x nye terdedah aurat sane sini..tup2 maruah tergadai..Allahuakbar!!!
Same2 la kite nasihat-menasihati....


Sesungguhnya benarlah kata-kata Ummul Mukminin,Aisyah RA
"Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar kerana tidak ada rasa malu yang menghalang mereka untuk memahami agama"



Malu di kalangan Lelaki..
...Lelaki juga Allah kurniakan dengan sifat malu.. cube sahabat2 lihat lelaki yg pemalu ni,hehe...
comey..ana suke lelaki pemalu ni(+ana yg pemalu....hehe..) tp ingat selalu ler jg pandangan...
hahhh..berbalik pd topic asal ni,malu di kalangan lelaki..
  • kerana malu, lelaki akan teringat dengan batas pergaulan and pergaulan halal dan haram
  • kerana malu juga lelaki menjaga dan mendidik nafsunyee...
..tp kini..
cube kt lihat,kebanyakan lelaki sudah hilang malunya(bukan semua ek..huhu)..
kerana hilang malu,lelaki mengajak wanita melakukan perkara mungkar,kerana hilang malu lelaki kini lupa dengan hukum Allah SWT....Kerana hilangnya malu,lelaki mungkin hilang taraf sebagai 'khalifah'....

->>>OLeh itu sahabat2,percaye lah...
dengan malu ni akan menyelamatkan kita daripada 'fahsyaa wal mungkar'( keburukan dan kemungkaran)..
Renung-renung kan dan selamat beramal.............
 p/s-->>jgn malu dlm pelajaran daah leee....hehe










Terimalah Isterimu seadanya

"Sebuah kisah tatapan utk semua...


Yang baik jadikan pengajaran.. .wahai suami reda lah dengan apa yang ada pada isterimu.... ...... Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,

abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat

kesukaan abang," luah Nura dalam hati. "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang.
" Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".
Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan

Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum" , sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.


"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah.


Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.


"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.


"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.


"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.


"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.


------------ --------- --------- --------- --------- ---------
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu,

kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.



Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang

pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi.


Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.


"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu,


selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat.
Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan

rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.



------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------


"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.


"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar

sebaliknya", terang Hilmi.


"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.


"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.



Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.


Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.


"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.


"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul... "
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti,

namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.



Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.






"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.
Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah

dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.


Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.


Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --

Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.


"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.


"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.


"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun


cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.


"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.


"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang

terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.


"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --


"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya" , terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
isterinya nura pergi buat selama-lamanya meninggalkan dia dn anaknya sendirian....
Cucuri lah rahmat keats insan ini....



Sekian,
Originally from:
Nura Ain Bt. Abdullah"

Ada apa dengan teman??

Ada apa dengan teman..???



Dengar lah teman,
Dendangan puisi tanda ingatan,
Moga senang disisi insan yg kekurangan,
Disisi Nuur..
.........................................
bergelora jiwa di sanubari,
tatkala rasa kehilangan seorang teman di masa lalu,
rasa dikhianati jauh disudut hati,
soalan yg tiada jawapan..
kosong dan bertambah kosong....dan semakin kosong..

Ya Allah...
ku lupa sejenak padaMu..
Tuhan ku yg maha satu..
Memoriku pd masa lalu,
Buat ku terpana dek kehilangan satu persatu,
Fikiran ku buntu,

Sungguh.............
sungguh ya Illahi,
Bergelora sungguh jiwa disanubariku ini,
tatkala rasa kehilangan memori bersama teman di masa lampau,
kehilangan itu sungguh payah untuk difahami oleh ku,,
sungguh..ku rasa kehilangan..

Bagaikan kabus disiang hari tiba2 hilang silih berganti,
bagaikan embun yg hilang seiring terbitnya fajar,

Mungkin Nuur yg ku nanti kan itu,
Telah muncul tanpa ku sedari..............

--------------------------------

Ya Allah,
Kau hadirkan ku seorang teman,
yg senang sentiasa mendengar hati ku berbicara
disaat kesedihan,
yg senang sentiasa mengajak ku KEMBALI ke jalan yg lurus yakni yg diredhai,,
yg senang sentiasa berkongsi suka dn duka dlm onak ranjau kehidupan duniawi,
yg akan mengetuai destinasi yg ku cari,
yg sama2 dambakan kasih2 sayang dari Mu Illahi Rabbi..
yg sama2 memberi semangt kemenangn dari segala keluh kesah dn putus asa,,

Dengar lah teman,
hatiku berbicara sendiri,
Dikau hadir dikala ku kehilangan,
kehilangan seorang insan yg bernama teman..
teman sejati..

kehadiranmu seakan menghembus nafas keinsafan,
hati yg selama ini kosong seakan kembali dipenuhi cahaya Nuur,




















kasih yg selama ini mencari2 penghuni untuk disuburi seakan menjelma sendiri..

Ya Allah..
Muhasabah cintaku Buat MU..
Ya Allah,,
cinta dan kasih ku pada sahabatku ini bertunjang kan kasih sayang ku padaMu..
Berlinangan titis jernih air mata ku mengalir lembut melalui liku2 di wajahku,
Ya Allah,,
Sungguh..
sungguh ku rasa cinta ku padaMu kembali bersinar..
Ampunkan dosaku ya Illahi.....

Terima kasih buat teman Ku,
Juga sahabatku,
Sygku...


Dedikasi kan buat temanku,
buat sahabat ku,
Nurul Fasihah Bt Musbah-My bez Fren for eva n eva





Thursday, January 21, 2010

maut??

pernah kah anda terfikir kan tentang kematian??
pernah tak anda bayangkan diri anda menghadapi maut??
salam ya khairunnisa..
salam ya mukmin..

Ana sering kali terbayang kan syurga yg kekal abadi..
Yg dijanji kan oleh Allah buat hambaNya yg melakukan pahala di dunia...
ya muslim..
dunia hanya persinggahan..
yakni yg sementara..
syurga itu lah yg abadi..
selamanya...

persoalannya..
adakah kita layak untuk menghuninya..
adakah ana layak..
ini bukan mitos yg hnya mungkin rekaan2 bg segelintir yg tidak mempercayainya..





Tp seandainya neraka yg akan dihuni???
nauzubilla...
ya mukminin dan mukminat...
kamu yg memilih..

Bukan kah di akhirat nanti hanya ada dua penyudahan?
ke syurga atau neraka?

Untuk menikmati nikmat syurgawi tidak cukup sekadar membenihkan angan-angan,melukiskan khayalan..
ia bukan percuma dan bukanjuga subsidi yg semua org layak memilikinya..
Syurga hanyalah layak dan wajib dibayar dengan pengorbanan dan perjuangan..

Wednesday, January 20, 2010


salam ya muslimin..
salam ya Insani..
salam ya khairunnisa..
Penyesalan harus lah didahului dengan taubat..

9. عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ يَا
مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ
أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ
أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Dari Mua’adz bin Jabal, bahwasanya Rasulullah saw memegang tangannya
lalu bersabda, wahai Mu’adz, demi Allah sungguh aku menyayangimu, demi Allah
sungguh aku menyayangimu, aku akan berwasiat kepadamuya Mu’adz, janganlah kau
tinggalkan setiap selesai shalat bacaan, allaahumma a-‘innii ‘alaa dzikrika …
(Yaa Allah tolonglah aku untuk senantiasa mengingat-Mu, untuk senantiasa syukur
kepada-Mu dan untuk senantiasa baik dalam mengabdi kepada-Mu).
Alam sesudah mati ini
memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini.
Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam
barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan
terbaik untuk bekalan akhirat.



“Setelah menerangkan
akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang
beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang
mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan
baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan
segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi
Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah
ke dalam syurga-Ku.” – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)

Pages