BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ummi

Sunday, July 4, 2010

Mempersiapkan Anak Yang Menyejukkan Pandangan

Tafsir Ayat



“Dan orang-orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah untuk kami
isteri-isteri dan anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan
jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (QS. Al-Furqan:
75)

Imam Ibnu Katsir memahami qurratu a’yun dalam ayat ini
sebagai anak keturunan yang taat dan patuh mengabdi kepada Allah. Ibnu Abbas
menjelaskan bahwa keluarga yang dikategorikan qurratu a’yun adalah mereka yang
menyenangkan pandangan mata di dunia dan di akhirat karena mereka menjalankan
ketaatan kepada Allah, dan memang kata Hasan Al-Bashri tidak ada yang lebih
menyejukkan mata selain dari keberadaan anak keturunan yang taat kepada Allah
swt.

Secara bahasa, anak dalam bahasa Arab lebih tepat disebut dengan istilah At-Thifl
Pengarang Al-Mu’jam al-Wasith mengartikan kata At-Thifl sebagai anak
kecil hingga usia baligh. Kata ini dapat dipergunakan untuk menyebut hewan atau
manusia yang masih kecil dan setiap bagian kecil dari suatu benda, baik itu
tunggal.

Hargailah isteri anda..



Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji
penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas
segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu,
bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di
akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan
syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Setelah solat malam…, ditengah keheningan malam cuba kt renung kan ini..

1.Kepala kita! Apakah ia sudah kita tundukkan, rukukkan dan sujudkan dengan segenap kepasrahan seorang hamba yang tiada daya di hadapan Allah Yang Maha Perkasa, atau ia tetap dengan segenap keangkuhan, kebongkakan dan kesombongan seorang manusia?

2. Mata kita! Apakah ia sudah kita gunakan untuk menatap keindahan dan keagungan ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Kuasa, atau kita gunakan untuk melihat segala pemandangan dan kemaksiatan yang dilarang?

3. Telinga Kita! Apakah ia sudah kita gunakan untuk mendengarkan suara adzan, bacaan Al Qur’an, seruan kebaikan, atau kita gunakan utk mendengarkan suara-suara yang sia-sia tiada bermakna?

4. Hidung Kita! Apakah sudah kita gunakan untuk mencium sejadah yang terhampar di tempat solat, mencium anak-anak tercinta serta mencium kepala anak-anak yatim piatu yang sangat kehilangan kedua orang tuanya dan sangat mendambakan cinta bonda dan ayahnya?

5. Mulut kita! Apakah sudah kita gunakan untuk menyatakan kebenaran dan kebaikan, nasihat2 bermanfaat serta kata-kata bermakna atau kita gunakan untuk mengatakan kata-kata tak berguna dan berbisa, mengeluarkan tahafaul lisan alias penyakit lisan seperti: bergibah, memfitnah, mengadu , berdusta bahkan menyakiti hati sesama?

6. Tangan Kita! Apakah sudah kita gunakan utk bersedekah kepada dhuafa, membantu sesama yang kena musibah, membantu sesama yang butuh bantuan, mencipta karya yang berguna bagi ummat atau kita gunakan untuk mencuri, menzalimi orang lain serta merampas hak-hak serta harta orang yang tak berdaya?

7. Kaki Kita! Apakah sudah kita gunakan untuk melangkah ke tempat ibadah, ke tempat menuntut ilmu bermanfaat, ke tempat-tempat pengajian yang kian mendekatkan perasaan kepada Allah Yang Maha Penyayang atau kita gunakan untuk melangkah ke tempat maksiat dan kejahatan?

8. Dada Kita! Apakah didalamnya tersimpan perasaan yang lapang, sabar, tawakal dan keikhlasan serta perasaan selalu bersyukur kepada Allah Yang Maha Bijaksana, atau di dalamnya tertanam ladang jiwa yang tumbuh subur daun-daun takabur, biji-biji bakhil, benih iri hati dan dengki serta pepohonan berbuah riya?

9. Perut kita! Apakah didalamnya diisi oleh makanan halal dan makanan yang diperoleh dengan cara yang halal sehingga semua terasa nikmat dan barokah. Atau didalamnya diisi oleh makanan yang diperoleh dengan cara yang tidak halal, dengan segala ketamakan dan kerakusan kita?

10. Diri kita! Apakah kita sering tafakur, tadabur, dan selalu bersyukur atas karunia yang kita terima dari Allah Yang Maha Perkasa?

Friday, April 2, 2010

4 Tanda Kebahagian seseorang

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri.” (Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)
Empat perkara ini sekiranya dimiliki adalah suatu rahmat daripada Allah S.W.T., kata orang Melayu bertuah, beruntung atau “nasib baik”.

Isteri yang solehah adalah satu rahmat kepada seorang lelaki yang menjadi suami kerana dia adalah tanggungan suaminya. Setiap perbuatannya dikira ke dalam akaun suaminya, melainkan perbuatan yang dilakukan secara “sembunyi-sembunyi”.

Anak yang abrar (baik) adalah satu rahmat kepada ibubapanya. Anak-anak juga adalah tanggungan seorang lelaki yang menjadi bapa.
Lelaki yang menjadi suami dan bapa akan bahagia sekiranya mereka mempunyai isteri dan anak yang baik kerana kedua-duanya adalah tanggungannya.

Seorang yang bergaul dengan orang-orang yang soleh (baik) biasanya baiklah kehidupannya.

Seorang yang sumber rezekinya (pendapatan) berada di negeri sendiri adalah lebih bahagia, walaupun pendapatannya tidak sebanyak bekerja di luar negara. Misalnya, dia tidak perlu berpisah dengan keluarganya atau hanya bertemu mereka sekali-sekala, dan terpaksa menyesuaikan diri dengan budaya yang asing.

Tuesday, March 30, 2010

Lihat lah kekuasaan alam ciptaan Allah s.w.t

Bentuk-bentuk awan yg berjaya dirakam
.


Pernah kah kita menikmati keindahan alam yang terbentang ini...
sahabat..
selagi hayat dikandung badan, nikmati dan bersyukur lah dengan kurniaanNya....

by: nuurislam.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

lagu:

OH IBU

Kau disiram bayu pagi
kehilangan terasa kini
tiada tempat mengadu

Ku tatapi
Potretmu berulang kali
Ku renungkan
kalimah yang diberi

Tuhan yang esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Diantara kekasih-kekasih Mu

Oh ibu...
kau kasih sejati
Ku panjatkan doa
Untukmu ibu....

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatku...
Ibu.....

khas tuk sesiapa yg bergelar anak

9. عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ يَا
مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ
أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ
أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Dari Mua’adz bin Jabal, bahwasanya Rasulullah saw memegang tangannya
lalu bersabda, wahai Mu’adz, demi Allah sungguh aku menyayangimu, demi Allah
sungguh aku menyayangimu, aku akan berwasiat kepadamuya Mu’adz, janganlah kau
tinggalkan setiap selesai shalat bacaan, allaahumma a-‘innii ‘alaa dzikrika …
(Yaa Allah tolonglah aku untuk senantiasa mengingat-Mu, untuk senantiasa syukur
kepada-Mu dan untuk senantiasa baik dalam mengabdi kepada-Mu).
Alam sesudah mati ini
memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini.
Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam
barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan
terbaik untuk bekalan akhirat.



“Setelah menerangkan
akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang
beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang
mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan
baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan
segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi
Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah
ke dalam syurga-Ku.” – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)

Pages