BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ummi

Friday, April 2, 2010

4 Tanda Kebahagian seseorang

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri.” (Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)
Empat perkara ini sekiranya dimiliki adalah suatu rahmat daripada Allah S.W.T., kata orang Melayu bertuah, beruntung atau “nasib baik”.

Isteri yang solehah adalah satu rahmat kepada seorang lelaki yang menjadi suami kerana dia adalah tanggungan suaminya. Setiap perbuatannya dikira ke dalam akaun suaminya, melainkan perbuatan yang dilakukan secara “sembunyi-sembunyi”.

Anak yang abrar (baik) adalah satu rahmat kepada ibubapanya. Anak-anak juga adalah tanggungan seorang lelaki yang menjadi bapa.
Lelaki yang menjadi suami dan bapa akan bahagia sekiranya mereka mempunyai isteri dan anak yang baik kerana kedua-duanya adalah tanggungannya.

Seorang yang bergaul dengan orang-orang yang soleh (baik) biasanya baiklah kehidupannya.

Seorang yang sumber rezekinya (pendapatan) berada di negeri sendiri adalah lebih bahagia, walaupun pendapatannya tidak sebanyak bekerja di luar negara. Misalnya, dia tidak perlu berpisah dengan keluarganya atau hanya bertemu mereka sekali-sekala, dan terpaksa menyesuaikan diri dengan budaya yang asing.

9. عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ يَا
مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ
أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ
أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Dari Mua’adz bin Jabal, bahwasanya Rasulullah saw memegang tangannya
lalu bersabda, wahai Mu’adz, demi Allah sungguh aku menyayangimu, demi Allah
sungguh aku menyayangimu, aku akan berwasiat kepadamuya Mu’adz, janganlah kau
tinggalkan setiap selesai shalat bacaan, allaahumma a-‘innii ‘alaa dzikrika …
(Yaa Allah tolonglah aku untuk senantiasa mengingat-Mu, untuk senantiasa syukur
kepada-Mu dan untuk senantiasa baik dalam mengabdi kepada-Mu).
Alam sesudah mati ini
memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini.
Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam
barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan
terbaik untuk bekalan akhirat.



“Setelah menerangkan
akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang
beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang
mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan
baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan
segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi
Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah
ke dalam syurga-Ku.” – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)

Pages