ummi
Sunday, July 4, 2010
Tafsir Ayat
“Dan orang-orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah untuk kami
isteri-isteri dan anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan
jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (QS. Al-Furqan:
75)
Imam Ibnu Katsir memahami qurratu a’yun dalam ayat ini
sebagai anak keturunan yang taat dan patuh mengabdi kepada Allah. Ibnu Abbas
menjelaskan bahwa keluarga yang dikategorikan qurratu a’yun adalah mereka yang
menyenangkan pandangan mata di dunia dan di akhirat karena mereka menjalankan
ketaatan kepada Allah, dan memang kata Hasan Al-Bashri tidak ada yang lebih
menyejukkan mata selain dari keberadaan anak keturunan yang taat kepada Allah
swt.
Secara bahasa, anak dalam bahasa Arab lebih tepat disebut dengan istilah At-Thifl
Pengarang Al-Mu’jam al-Wasith mengartikan kata At-Thifl sebagai anak
kecil hingga usia baligh. Kata ini dapat dipergunakan untuk menyebut hewan atau
manusia yang masih kecil dan setiap bagian kecil dari suatu benda, baik itu
tunggal.
Posted by NuuR Islam at 8:31 PM 0 comments
Hargailah isteri anda..
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji
penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas
segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu,
bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di
akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan
syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Posted by NuuR Islam at 8:01 PM 0 comments
Posted by NuuR Islam at 7:46 PM 0 comments
Friday, April 2, 2010
4 Tanda Kebahagian seseorang
Posted by NuuR Islam at 9:04 AM 0 comments
Tuesday, March 30, 2010
Lihat lah kekuasaan alam ciptaan Allah s.w.t
Bentuk-bentuk awan yg berjaya dirakam
.
Pernah kah kita menikmati keindahan alam yang terbentang ini...
sahabat..
selagi hayat dikandung badan, nikmati dan bersyukur lah dengan kurniaanNya....
by: nuurislam.blogspot.com
Posted by NuuR Islam at 10:30 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
lagu:
OH IBU
Kau disiram bayu pagi
kehilangan terasa kini
tiada tempat mengadu
Ku tatapi
Potretmu berulang kali
Ku renungkan
kalimah yang diberi
Tuhan yang esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Diantara kekasih-kekasih Mu
Oh ibu...
kau kasih sejati
Ku panjatkan doa
Untukmu ibu....
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatku...
Ibu.....
Posted by NuuR Islam at 8:07 AM 1 comments
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ يَا
مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ
أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ
أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Dari Mua’adz bin Jabal, bahwasanya Rasulullah saw memegang tangannya
lalu bersabda, wahai Mu’adz, demi Allah sungguh aku menyayangimu, demi Allah
sungguh aku menyayangimu, aku akan berwasiat kepadamuya Mu’adz, janganlah kau
tinggalkan setiap selesai shalat bacaan, allaahumma a-‘innii ‘alaa dzikrika …
(Yaa Allah tolonglah aku untuk senantiasa mengingat-Mu, untuk senantiasa syukur
kepada-Mu dan untuk senantiasa baik dalam mengabdi kepada-Mu).
memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini.
Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam
barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan
terbaik untuk bekalan akhirat.
“Setelah menerangkan
akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang
beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang
mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan
baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan
segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi
Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah
ke dalam syurga-Ku.” – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)